9 Manfaat Teh Hijau

Diposting pada

TEH hijau selalunya menjadi pilihan bagi mereka yang mengamalkan pemakanan seimbang untuk menurunkan berat badan. Ramai juga yang tidak tahu, teh hijau sebenarnya punya banyak khasiat. Berikut adalah 9 manfaat teh hijau yang dipetik dari majalah SAJI keluaran Oktober 2017.

Mengawal berat badan

Teh hijau mengandungi 10 kali jumlah antioksidan dan mampu meningkatkan kadar metabolism tubuh. Malah, ia akan mendetoksikan tubuh dan mengurangkan selera makan.

Menyegarkan nafas

Teh hijau dapat menghindarkan pertumbuhan bakteria dan virus penyebab penyakit gigi. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan radang gusi.

Kolestrol

Teh hijau mengandung tanin yang berupaya mengurangkan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) dalam tubuh. LDL dikenali sebagai kolestrol jahat yang menyebabkan plak di arteri tersumbat.

Kulit yang sihat

Anti oksidan yang terdapat dalam teh hijau cukup bermanfaat untuk kulit. Kosmetik yang mengandungi ekstrak teh hijau adalah pilihan yang baik kerana mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari. Polifenol dalam teh hijau dapat melambatkan tanda-tanda penuaan.

Rambut yang cantik

Kandungan polifenol, vitamin E dan vitamin C membantu memberi kilauan kepada rambut. Rendam empat uncang teh hijau dan bilas rambut selepas menggunakan syampu dan perapi. Malah, zat yang terdapat dalam teh hijau dapat mengurangkan risiko botak.

Diabetis

Kandungan antioksidan teh hijau akan menghalang enzim yang dikenali sebagai alpha-glukosidase dan sekaligus memperlahankan penyerapan glukosa dalam darah. Oleh itu, hanya sedikit insulin diperlukan. Selain itu, ia dapat meningkatkan toleransi glukosa kepada individu sihat.

Wanita hamil

Sifat antioksidan yang tinggi membantu wanita hamil untuk memulihkan kerosakan sel, mengatur kandungan gula dalam darah dan kadar insulin sekaligus membantu mengurangkan tekanan.

Mengurangkan tekanan

Teh hijau dapat membantu melawan tekanan. Malah ianya juga mengandungi Theanine yang membantu mengurangi stres dan kecemasan. Theanine juga merupakan anti kemurungan.

Meringankan gejala Asma

Teh hijau sangat berguna untuk pesakit asma kerana ia mengandungi teofilin yang dapat mengendurkan otot-otot saluran bronchial sekaligus berupaya mengurangkan risiko sesak nafas.

Tips sihat

  • . Minum 2 hingga 3 cawan sehari – Jangan mengamalkan minuman ini terlalu kerap bagi mengelakkan risiko keracunan atau kerosakan hati.
  • Hindari minum teh hijau sewaktu perut kosong. Sebaiknya, tambah madu atau lemon.
  • Hindari minum selepas makan. Ini kerana teh hijau membuatkan tubuh tidak dapat menyerap nutrisi makanan. Minum hanya 30 minit selepas makan.
  • Jangan minum teh hijau pada tengah malam. Ini akan menganggu pola tidur.
  • Buang segera uncang teh hijau selepas celupkan di dalam air panas.

sumber berita malaysia