Zul Berbaik Dengan Gayatri, Kerjasama Dalam Satu Filem

Diposting pada

TAK ada angin, tak ada ribut… Tiba-tiba sahaja nama bekas kekasih Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin pula naik ketika hubungannya dengan Zahirah belum lagi selesai.

Menurut portal mStar Online, ada sumber memberitahu mereka bahawa Gayatri turut kelihatan di lokasi penggambaran filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid yang bertempat di sebuah hutan dekat Taiping.

Sebenarnya, Gayatri merupakan penerbit bagi filem tersebut jadi tak hairanlah mengapa dia turut berada di lokasi penggambaran itu.

Sumber itu memberitahu bahawa kononnya Zul menghabiskan masa terluang bersama dengan Gayatri kerana ternampak mereka keluar bersama selepas tamat penggambaran.

“Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri,” ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, Zul dan Gayatri juga kelihatan menaiki sebuah kereta Mercedes hitam, keluar dari sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan krew produksi filem tersebut.

Tiada bukti yang menunjukkan sama ada hubungan mereka hanya sekadar antara pelakon dan penerbit, atau sebaliknya.

Tapi, tak mungkinlah hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan. Sedangkan status hubungan antara Zul dan Zahirah pun belum selesai lagi, takkan dia nak ambil risiko mengeruhkan lagi keadaan kot?

Sebelum ini, Zul pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri pada sekitar tahun 2012 namun hubungan mereka berakhir tak lama selepas itu.

Nampaknya kontroversi antara Zul dan Zahirah ni masih lagi belum selesai. Mungkin lepas Zahirah pulang dari penggambaran drama La Luna tu nanti, semuanya bakal terjawab?

Kamal Adli dan Emma Maembong walaupun dah putus, masih lagi berkawan. Tapi Zul dan Zahirah? Macam bergantung tak bertali pula…

Mudah mudahan isu ni dapat diselesaikan dengan segera supaya nanti tak jadi lebih rumit dan bertambah buruk pula. – MYNEWSHUB.CC / AH

sumber berita malaysia