Didakwa ‘Sindir’ PM, Fathia Latiff Tampil Mohon Maaf

Diposting pada

SEBELUM ini warga maya digemparkan dengan cerita pelakon, Fathia Latiff didakwa ‘memerli’ Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini membabitkan isu panas mengenai insiden banjir yang sedang melanda di wilayah utara tanah air baru-baru ini.

BACA : Fathia Buat Hal Lagi, Kali Ini Sindir Perdana Menteri

Selepas teruk dikecam, akhirnya pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff tampil buka mulut memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Fathia menerusi beberapa posting melalui akaun laman Twitter miliknya malahan dilihat telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut Fathia, dia tidak berniat untuk ‘mempolitikkan’ berhubung isu berkenaan ataupun berpihak kepada mana-mana parti tetapi, ia hanyalah sebagai luahan suara bagi mewakili rakyat Malaysia.

Tambahan pula, statusnya sebagai public figure pasti sedikit sebanyak akan bantu menarik perhatian serta menyampaikan mesej berkenaan kepada pihak sepatutnya dengan lebih pantas.

Dalam pada itu, Fathia juga memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang berkecil hati atas keterlanjuran kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Twitter sebelum ini.

Hasil tinjauan MYNEWSHUB mendapati, pelakon ini turut dilihat seperti sedang merancang sesuatu yang sepatutnya untuk membantu mangsa banjir di utara tanah air.

Hmmm… Sebenarnya tak salah bagi pendapat. Tapi… Mungkin apa yang dikatakan oleh Fathia ketika itu tidak kena pada waktunya.

Tambahan lagi, ketika itu seluruh rakyat Malaysia sedang bersedih mengenangkan nasib yang menimpa mangsa tragedi banjir di Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC/AM

sumber berita malaysia