Zul-Gayatri Hanya Kawan, Bapa Zahirah Pula Tak Restu?

Diposting pada

SATU demi satu kontroversi mula melanda dirinya walaupun sebelum ini dia hanya bersikap berdiam diri sahaja.

Kali ini, Zul Ariffin tidak lagi dapat menahan diri apabila ada pula khabar angin mengatakan konon dia sedang menjalinkan hubungan cinta semula dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai.

BACA: Zul Berbaik Dengan Gayatri, Kerjasama Dalam Satu Filem

Zul memberitahu BH Online bahawa mereka hanya jumpa atas urusan kerja bagi pembikinan filem Hantu Kak Liman 2017, di bawah arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid yang baru-baru ini menjalankan penggambaran di sekitar Taiping, Perak.

“Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja.

“Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama,” katanya kepada BH Online.

Tambah pelakon yang merupakan anak jati Taiping itu menambah, dia turut kecewa dengan dakwaan pihak mengatakan konon dia duduk berdua di hotel tersebut dan seolah-olah menuduh dirinya bersama dengan Gayatri duduk sebilik.

Walhal ketika itu, para pelakon yang lain, pengarah serta krew produksi bersama pihak media massa turut ditempatkan di hotel yang sama.

“Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri,” tambahnya lagi.

Selepas penggambaran, Zul dikatakan pulang ke kampungnya kerana lokasi penggambaran hanya berdekatan dengan rumah keluarganya di sana.

Selain itu, pelakon berusia 31 tahun itu turut menyelar tindakan peminat yang menyebarkan gambar plat nombor kenderaan miliknya serta menuduh tanpa usul periksa.

“Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.

“Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum,” katanya.

Selain itu, Zul juga dikatakan agak keliru dengan tindakan Zainol Macwilson yang merupakan bapa kepada kekasih hatinya, Zahirah Macilson yang sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan sinis di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi bahawa kononya hubungan mereka tidak baik, baru-baru ini.

Pelakon yang sekali lagi popular menerusi drama rantaian Titian Cinta itu bagaimanapun berharap agar Zainol yang juga merupakan bekas pembaca berita itu agar bersikap lebih matang dah berterus terang.

Ini sekiranya dia tidak merestui hubungan cinta antara mereka berdua dan Zul sendiri bersedia untuk mengundurkan diri jika hubungan itu tidak mendapat restu.

“Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.

“Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.

“Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya,” katanya.

Namun, Zainol sendiri telah menjelaskan bahawa kenyataanya itu sekadar gurauan semata dan meminta agar netizen tidak mengambil serius mengenainya.

Menurut Zul lagi, dia sendiri sebelum ini sengaja mengelak daripada menghadiri mana-mana acara hiburan atau memuat naik gambar berdua bersama dengan Zahirah di laman sosial kerana ingin menjaga reputasi kekasihnya itu.

Baginya, dia mahu supaya orang luar memandang bahawa Zahirah telah berusaha keras untuk memperkenalkan bakat dirinya dan bukan hanya popular kerana menjaja kisah cinta.

Lebih-lebih lagi kini Zul sudah 10 tahun berada dalam industri seni, jadi dia sudah masak sangat dengan asam garam bidang hiburan ni dan dia sendiri sudah faham cara permainan industi.

“Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini?,” tambahnya lagi.

Terbaharu, Zul kini sudah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya dan dikatakan bakal ‘muncul’ semula pada Tahun Baru 2018 ini.

Menurut akaun peminatnya (ZulAriffin FC), Zul dikatakan mahu ruang privasi bagi dirinya dan tidak mahu merumitkan lagi keadaan yang sedia ada.

Mungkin dengan cara ini, segala kontoversi yang tiba-tiba sahaja melanda dirinya akan mula senyap. Tapi semuanya tidak semudah itu, selagi tuan empunya badan, iaitu Zahirah sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berikutan isu ini.

Maklumlah, sekarang ni semua pihak seolah-olah menyerang Zul sepeerti dia yang bersalah dalam hal ini. Sedangkan, dia bagaikan ‘mangsa keadaan’ selepas kontroversi timbul yang mengatakan Zahirah menjadi punca keretakan hubungan antara Kamal Adli dengan Emma Maembong.

Banyak betul ragam artis Malaysia ni. Macam-macam hal sahaja. Yang seorang tak sudah diserang supaya memberikan kenyataan, yang seorang bila dah keluarkan macam-macam kenyataan, tiba-tiba senyap pula, dengan alasan sedang sibuk dengan shooting. Bila lah kontoversi ni akan berkahir ya?- MYNEWSHUB.CC / AH

sumber berita malaysia