“Kalau Nak ‘Tackle’ Wany, Kena Datang Jumpa Ibu”

Diposting pada

NAMA, Wany Hasrita mungkin tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air.

Penyanyi kelahiran FMC Music ini berjaya memukau perhatian orang ramai dengan single bertajuk Menahan Rindu.

Dalam pada meraih popularity sebagai penyanyi, siapa sangka anak jati kelahiran Selangor ini sering ‘disakat’ dan ‘diusik’ ramai jejaka di luar sana.

Aii dik? Dah ada yang usik-usik tu, mungkin ada antaranya yang betul-betul nak menyunting… Hehehe…

Sering dihujani dengan pick up line, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini berharap jejaka yang menaruh hati padanya agar bersikap lebih serius.

Menurut sumber, penyanyi ini yang juga merupakan salah seorang finalist Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) berharap agar mana-mana individu yang berkenaan diharap terus berjumpa sendiri dengan ibunya, Norita Jaafar.

Tambahan pula, pada usianya yang kini sudah 25 tahun boleh dikatakan sudah cukup sesuai untuk berumah tangga.

“Ramai saja yang memberi kata pikat tetapi saya rasa mereka tidak serius. Kalau serius, jumpa terus dengan ibu saya.

“Sebab saya tidak tahu mereka serius atau tidak jika didekati sebegitu. Nak kata muda, saya sudah 25 tahun.

“Tetapi memang betul sekarang saya tengah sibuk jadi saya tidak fikir buat masa ini,” katanya dipetik Malay Mail Online.

Sementara itu, Wany turut berkata walaupun raganya kini sibuk dengan pelbagai urusan namun dia sama sekali tidak melupakan hasratnya untuk bergelar pensyarah.

Malah, hasrat itu bakal direalisasi graduan Management & Science University (MSU) ini apabila tiba masanya nanti.

“Memang perancangan saya untuk sambung sarjana dalam pendidikan supaya saya boleh jadi pensyarah dalam bidang perubatan.

“Tetapi saya masih lagi mencari masa yang sesuai untuk saya sambung sebab takut saya tidak dapat memberi komitmen,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wany juga dalam proses menghasilkan mini album selepas semua lagu yang dirakam berjaya diterbitkan tidak lama lagi.

“Saya sudah pun merakamkan dua lagi lagu iaitu satu lagu tradisi Ewah Ewah hasil ciptaan Pak Ngah dan satu lagi daripada komposer Singapura.

“Ada juga lagu duet bersama Tajul tetapi lambat lagi akan diterbitkan. Saya juga akan mengeluarkan album mini yang memuatkan semua lagu tersebut,” jelasnya.

Haaa… Dengar tu, kalau nak ‘tackle’ wany kena terus direct ibu ye… Maklumlah, kita ni bukan berkahwin dengan anaknya sahaja, tetapi turut dengan seluruh ahli keluarga! Ingat tu! – MYNEWSHUB.CC/AM

sumber berita malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *