Fattah – Fazura Bertunang, Bakal Nikah Di Makkah?

Diposting pada

BELUM apa-apa lagi, dah bermacam-macam spekulasi dibuat mengenai hubungan cinta antara hero dan heroin drama Hero Seorang Cinderella, lakonan Fattah Amin dengan Fazura.

Semalam, portal Harian Metro melaporkan bahawa kedua-dua pasangan itu telah bertunang dan bakal melangsungkan pernikahan di Makkah, Arab Saudi.

Wah… Betul ke tu? Kalau betul, tahniah diucapkan kepada mereka. Yelah, daripada biar kecoh-kecoh orang bercakap itu ini, kan lebih baik mereka tamatkan hubungan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Malam tadi, malah berlangsungnya satu majlis secara tertutup di kediaman nenek Fazura yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Nampaknya siap ada khemah lagi dekat dalam pagar rumah neneknya Fazura tu.

Selain itu, keluarga kedua-dua pihak turut kelihatan bersama dengan rakan baik dan pengurus masing-masing dalam majlis tersebut.

Difahamkan wartawan Harian Metro sudah pun bersedia di sana seawal jam 8 malam kerana mendapat info daripada beberapa sumber mengenai majlis tertutup tersebut.

Namun, kehadiran mereka diketahui oleh adik dan pembantu peribadi Fazura sendiri. Terus mereka menutup pintu pagar dan mengawal ketat di hadapan pintu masuk.

Malah, setiap kereta yang memasuki kediaman, akan ditahan terlebih dahulu dan berkemungkinan bertujuan untuk memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan mereka.

Bagaimanapun, pihak Harian Metro berjya menghubungi pembantu pereka fesyen Rizman Ruzaini yang turut hadir ke majlis tersebut, tapi dia enggan mengulas lanjut mengenai tujuan utama majlis itu diadakan.

“Kenduri kesyukuran kot? Saya tak boleh nak berikan sebarang jawapan dan komen lebih lanjut,” katanya ringkas.

Dalam masa yang sama, pembantu peribadi Fattah iaitu Skirin Shak atau Acha, juga enggan mengulas mengenai berita yang tular berkaitan majlis pernikahan Fattah dan Fazura malam tadi.

Acha juga memaklumkan bahawa dia bersama dengan majikannya masih lagi melakukan persiapan untuk menunaikan umrah di Tanah Suci yang dijadualkan berlepas pagi tadi.

“Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah.

“Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,” katanya.

Walaupun Acha menafikan mengenai sebarang majlis yang diadakan di kediaman nenek Fazura, namun ternyata dia sendiri mengenakan sepasang jubah berwarna putih.

Bukan itu sahaja, khemah yang didirikan di perkarangan rumah juga dihiasi dengan dekorasi persis sebuah majlis perkahwinan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila timbul berita mengatakan mereka bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing masih lagi tidak mengulas mengenai perkara tersebut.

Mereka hanya memohon para peminat untuk mendoakan apa yang terbaik buat mereka sahaja dan berjanji akan berkongsi kepada peminat mengenai berita gembira jika benar mereka memang berjodoh.

Banyak desas desus di sosial media mengatakan kononnya Fazura sudah bernikah dengan Fattah bagi memudahkan urusannya di sana nanti.

Walhal menurut rakan baik Fazura sendiri, Puteri Zarith yang juga pengasas produk OliCandy, memberitahu melalui sesi live di Instagramnya bahawa Fazure ke Makkah bersama dengan ibu, adik beradik dan pakciknya sendiri.

Jadi, tak timbul pun isu yang mana kononnya Fazura sudah bernikah dengan Fattah bagi memudahkan dia ke sana bersama dnegan mahram.

Lebih elok rasanya kalau kita doakan yang terbaik buat mereka. Jangan salah anggap mengenai niat baik mereka ke Tanah Suci.

Semoga semua urusan dipermudahkan buat mereka semua yang ke sana. Jika benarlah berita mengenai pertunangan dan perkawinan yang bakal diadakan di sebuah hotel dekat Mekah, tahniah diucapkan.

Perkara yang baik lebih elok kita percepatkan. Takut nanti banyak sangat halangan yang datang. -MYNEWSHUB.CC / AH

sumber berita malaysia