10 tips kewangan yang bakal selamatkan kau dari neraka kewangan

Diposting pada

Semakin kita menjadi dewasa, semakin besar pendedahan kita terhadap perihal hutang ini. Bermula daripada berhutang dengan kawan-kawan di peringkat sekolah, kemudiannya berhutang dengan PTPTN di peringkat universiti dan seterusnya berhutang untuk membeli kenderaan pertama kita, hutang ini seseolah menjadi sebuah perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan kita.

Jadi memandangkan betapa besarnya peranan hutang di dalam kehidupan kita, apa kata kita lihat cara-cara untuk menguruskan hutang supaya kita tidak terjebak terlampau dalam di dalam neraka kewangan.

1. Senaraikan semua hutang. Hutang beli rumah. Hutang beli kereta. Hutang dengan bank. Hutang dengan kawan-kawan. Tuliskan semua.

2. Dari senarai di atas, hutang yang manakah boleh dikurangkan dengan cara melupuskan atau scale down. Jika ada tiga buah kereta, adakah boleh jual sebuah kereta? Jika ada kereta yang bayaran ansuran tinggi dan guna minyak banyak, adakah boleh ditukar dengan yang lebih rendah?

3. Berhenti buat hutang baru. Cukuplah berhutang. Ikat perut. Hidup dengan apa yang ada. Cari jalan lain untuk dapatkan apa yang kita perlukan. Berkongsi kereta dengan pasangan atau adik-beradik untuk pergi ke stesen pengangkutan awam terdekat, berbanding beli kereta tambahan.

4. Usah gunakan kad kredit kalau hutang kita menimbun. Kalau nak gunakan kad kredit, pastikan bayar pada hujung bulan. Kad kredit bukan kad berhutang. Kadar faedah kad kredit cukup tinggi.

5. Elakkan beli barangan kecil seperti perabot atau smartphone dengan berhutang. Kadar faedah hutang beli barangan ini sama seperti kadar faedah pinjaman peribadi atau kadar kredit. Cukup tinggi dan tak berbaloi.

6. Biarlah orang lain buat wedding of the year. Kita buat ala kadar. Apabila anak sulung saya kahwin, saya jemput 300 orang saja. Tak buat khemah pun. Makan di dalam rumah. Tak ada masalah pun. Usah ambil pinjaman peribadi untuk buat kenduri kahwin. Mengarut.

7. Usah scale up beli barang setiap kali dapat kenaikan gaji atau dapat duit tambahan. Gaji naik RM200, tapi hutang bulanan bertambah RM300 sebulan. Gila. Tak perlu beli kereta baru apabila dapat kenaikan pangkat. Simpan duit tu. Gunakan lebihan itu untuk langsaikan hutang lama.

8. Utamakan bayar hutang berbanding “belanja mewah.” Hentikan makan di restoran makanan segera yang mahal. Usah lepak di coffee house hotel. Tangguh dulu nak travel ke luar negara. Berhenti bakar duit dengan merokok.

9. Bawa bekal ke tempat kerja. Bagi keluarga ramai, tabiat ini dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan. Isteri saya bawa makanan ke tempat kerja setiap hari. Saya bawa bekal beberapa kali seminggu. Penjimatan ini boleh digunakan untuk bayar hutang.

10. Kalau dah nak kena juga beli barang, beli barangan terpakai yang masih elok. Cucu saya menggunakan barang permainan, car seat dan stroller terpakai. Elok pun. Cara nak kurangkan hutang ialah tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan. Itu saja. Selain itu, semua scam!

Sumber : Norizan Bin Sharif

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *