Malu tengok kembali gambar-gambar zaman jahililah…

Diposting pada

Mengakui malau melihat semula dirinya ketika di zaman belum bertudung, justeru Diana Amir berharap drama mahupun filem lakonannya tidak diulang siar di televisyen.

Pun begitu Diana menyedari dia tidak mempunyai hak untuk menghalang pihak stesen televisyen namun dia sangat menghargai dan berterima kasih sekiranya pihak berkenaan mempertimbangkan perkara itu.

“Secara jujurnya saya malu apabila melihat semula diri saya pada zaman yang saya cuba untuk lupakan.

“Ada juga peminat yang terkejut terutama peminat baharu jika terlihat lakonan-lakonan lama saya di televisyen namun saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya seperyi yang dilaporkan Kosmo!

Tambah Diana, jika dia terbaca komen tentang lakonannya yang lama, dia sebolehnya akan memadam atau cuba memberi penjelasan sebaiknya.

read: WOW, Neelofa Bolot 3 Anugerah InTrend Gala Night 2017

Pelakon filem Aku Masih Dara ini mula berhijrah dan bertudung sejak tahun 2011 selepas bermimpi tentang hari kiamat.

read: Diana Amir, saya sudah taubat

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *