Annabella thevoice malaysia singapura
Annabella thevoice malaysia singapura

Bawa Lagu Datuk Sheila Majid, Suara Lunak Peserta The Voice Berbangsa Cina Ini Buat Juri Menganga

Diposting pada
Annabella thevoice malaysia singapura
Annabella thevoice malaysia singapura
Nampak biasa namun siapa sangka peserta remaja program realiti The Voice edisi Malaysia-Singapura ini sebenarnya mempunyai suara yang sangat merdu.Membawakan lagu penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid berjudul Lagenda, Annabella Chua, 17, berjaya memukau juri sebaik sahaja menyanyikan lagu tersebut.Juri-juri yang dimaksudkan ialah Bella Ding Dang (China), Hanjin Tan (Singapura) dan Sky Wu (Taiwan).Annabella juga menyampaikan lagu tersebut bersama wakil juri dari Malaysia, Gary Chaw.
Reaksi ketiga-tiga juri dan juga penonton yang berada di studio sudah cukup membuktikan betapa lunaknya suara gadis berbangsa Cina itu.Menariknya lagi, Annabella juga sering dijemput untuk membuat persembahan di Istana Diraja Johor.Berikut merupakan sedutan persembahan Annabella dalam episod ketiga The Voice yang disiarkan baru-baru ini:Foto: Facebook The Voice Teks oleh: Mya Amri sumber berita malaysia

readmore: Pelakon Baru, Elvina Terkejut Kena Tuduh ‘Kaki Kelab’

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *