Soal Cinta Dengan Fattah, Fazura Pilih Untuk Diam

Diposting pada

FENOMENA Fattzura mula menjadi sensasi di Malaysia sejak gandingan Fazura dan Fattah Amin dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella yang menjadi kegilaan ramai penonton.

Hubungan istimewa yang terjalin antara mereka semakin hangat diperkatakan dalam kalangan netizen sendiri.

Malah bagi menguatkan lagi spekulasi itu, mereka dilihat saling berbalas kuntuman bunga ketika sambutan ulang tahun pada tarikh hari lahir masing–masing.

BACA : Fazura Kirim 50 Kuntum Mawar Untuk Fattah Dari NY

BACA : 500 Kuntum Mawar ‘Surprise’ Fattah Buat Fazura

Bagaimanapun, baru-baru ini Fattah telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan banyak pihak dengan memaklumkan hubungan antara mereka hanya sekadar kawan baik.

Dek kerana kenyataan itu, netizen mendakwa Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura terkena ‘friendzone’. Istilah ini sebenarnya merujuk kepada satu keadaan cinta yang bertepuk sebelah tangan.

BACA : Fattah Akui Fazura Hanya Seorang Sahabat

Biarpun Fattah dilihat begitu mudah membuka kata bicara soal hubungan, namun Fazura memilih hanya untuk berdiam sahaja ketika diaju soal peribadi.

“Maaf, saya tidak mempunyai sebarang komen kalau soal peribadi,” katanya.

Lapor sebuah portal, pelakon cantik ini berbuat demikian kerana dia tahu untuk menjaga nilai diri dan juga maruah sebagai seorang wanita.

Dalam perkembangan lain, bintang filem Gol & Gincu ini sempat berkongsi saat indah bertemu dengan penyanyi tersohor dunia, Selena Gomez sewaktu menghadiri Minggu Fesyen New York di Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Satu pertemuan yang singkat tetapi beri makna yang besar. Kami tidak sempat berbual panjang kerana Selena ada sesi fotografi selepas itu. Tetapi dia sempat memuji pakaian saya,” ujar Fazura.

Apa yang lagi membanggakan, pelakon cantik ini merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang diundang khas oleh jenama fesyen terkemuka, Coach bagi menghadiri minggu fesyen tersebut. .CC/AmyMaizura

sumber berita malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *