‘1234U’ Bawa Aura Baru, Ramai Puji Fattah

Diposting pada

KISAH cintanya bagaikan episod yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat tegarnya. Lagu baharunya turut sudah menjadi kegemaran ramai.

Semalam, hero pujaan Malaya, Fattah Amin baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul ‘1234U’. Hari ini, video klip itu sudah ditonton lebih daripada 50,000 kali!

BACA: Episod ‘Wanita Terakhir’ Dah Lepas, Kini ‘1234U’ pula?

Wowww… Hebat penangan Fattah ni. Baru sehari release, sudah ramai yang dengar. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan penyanyi terkenal, Aizat Amdan dan Mey Ramlan.

Lagu itu merupakan karya kedua-dua mereka bersama-sama dengan Fattah selepas lagu Wanita Terakhir  yang dihasilkan pada Januari lalu.

Makin bertambahlah demam #Fattzura lepas ni kan. Tak lama lagi mesti hashtag #Fattzura naik semula macam sebelum ni kan.

Sebelum muzik video ini dimuat naik dekat laman Youtube, Fattah sudahpun ‘membocorkan rahsia’ lagu itu di akaun Instagram miliknya.

Bayangkan, sebanyak 100,000 kali video di Instagram Fattah itu telah ditonton oleh netizen! Lepas ni berapa lah jumlah tontonan di Youtube pula selepas beberapa hari.

Lagu 1234U itu merupakan soundtrack atau runut telefilem terbaru Fattah dan Fazura yang bertajuk Wanita Terakhir. Eh… Telefilem ni kesinambungan hubungan cinta Fattah dan Fazura ke?

Ramai peminat memberikan komen yang positif dengan mengatakan bahawa Fattah telah memberikan kelainan dalam nyanyiannya kali ini.

Mungkin bagi kebanyakan pendengar mengatakan bahawa lagu Wanita Terakhir itu rentaknya agak sedih, namun single baru Fattah ini sememangnya lain daripada yang lain.

Lagi-lagi bila Fattah turut menari-nari, bertambah comel lagu ni dibuatnya.

Ehemm… Betul ke yang lagu ni seakan-akan ditujukan khas buat Fazura? Yelah, dulu lagu Wanita Terakhir ditujukan buat Neelofa. Eh, betul ke?  -MYNEWSHUB.CC 

sumber berita malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *