Boy Iman Direman Bantu Siasatan Kes Di Kubang Pasu

Diposting pada

KUBANG PASU – Mahkamah Majistret Jitra di sini mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari bermula hari ini ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah di sini membabitkan nilai RM30,000.

Turut direman, tiga orang lagi termasuk seorang wanita berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun, masing-masing merupakan pengarah sebuah syarikat.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Noruliman, 37, yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, diwakili Peguam Ummi Kalthum Zakaria manakala Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriah Mohd Nordin mewakili tiga individu berkenaan.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin lepas berkaitan siasatan kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman ke atas pelakon itu hari ini, merupakan yang kelima selepas ditahan reman sebelum ini di Ampang dan Shah Alam di Selangor, Muar di Johor Baharu dan Sungai Petani, Kedah. – BERNAMA

sumber berita malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *