Joy Tarik Dakwaan Pernah ‘Disentuh’ Hafiz

Diposting pada

BARU sahaja tengahari tadi berlangsung sidang media yang diadakan oleh Joy Revfa di pejabat urusan Merve Cosmetic dekat Shah Alam, berkaitan kenyataan yang diberikan olehnya mengenai status penceraian bersama dengan bekas suaminya, Datuk Ray.

Terbaharu, Hafiz baru sahaja menfailkan permohonan cerai ke atas Siti Arifah Amin atau Joy.

Baca: Joy Sering Ingkar, Hafiz Fail Permohonan Cerai

Juga: Hafiz Terang Situasi Sebenar Mengapa Bubar Perkahwinan

Sebentar tadi, Joy telah mendedahkan bahawa Hafiz Hamidun tidak mampu untuk memberi nafkah batin kepadanya sebagai sorang suami.

Dua hari lepas, Joy ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia pernah ‘disentuh’ oleh Hafiz sepanjang perkahwinan mereka sejak 1 Mei dahulu. Tetapi kini dia sudah menarik balik kata-katanya itu.

“Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.

“Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan seks seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.

“Dahulu dia buat sidang media dan kata tak pernah menyentuh saya, oleh kerana itu saya rasa perlu untuk menegaskan tentang hal ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Turut kelihatan ketika sidang media itu ialah peguam syarie yang mewakili dirinya, Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan bersama dengan ibu dan kakaknya.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 9 November depan sebagai sebutan kes faraq nikah yang telah difailkan oleh Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Walaupun permohonan itu dilakukan atas sebab Hafiz meragui status perkahwinan mereka, Joy memaklumkan bahawa Hafiz telah cuba untuk mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai hal itu.

“Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga kami.

“Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik,” tambahnya lagi.

Joy juga telah memaklumkan bahawa Hafiz telah berkeras ingin meneruskan perkahwian walaupun sudah mengetahui bahawa dia amsih belum menerima surat penceraian yang sah.

“Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.

“Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya menerima lamaran Hafiz Hamidun,” katanya.

Pernikahan mereka sebenarnya dilangsungkan dengan akur janji bahawa Joy akan memberikan surat pengakuan cerai terdahulu selepas selesai majlis akad nikah. Tapi apabila diminta berkali-kali oleh Hafiz, pelbagai alasan diberikan olehnya.

Hafiz dan Joy telah ke Songkhla, Thailand bagi menguruskan hal cerai taklik di Majlis gama Islam Wilayah Songkhla.

Selain itu, pasangan itu juga turut ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bagi menyerahkan surat perakuan taklik tersebut.

“Menurut Siti Arifah, dia telah diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp. Oleh itu, saya telah berkali-kali meminta Siti Arifah surat perakuan cerainya tetapi dia seperti tidak mahu selesaikan urusan tersebut,” kata Hafiz di dalam kenyataan rasminya pada 22 Ogos yang lalu.

Bertambah rumit perkara ini apabila kenyataan berubah-ubah. Keadaan kembali tegang apabila Joy dikatakan bakal menfailkan saman keatas beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukan pada Julai lalu.

“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu. Berita yang dipaparkan blog berkenaan menyebabkan netizen mencaci saya sebagai pelacur dan anak kandung saya sebagai anak haram,” katanya.

Jelas didalam sidang media yang dilakukan Hafiz pada Ogos yang lalu, dia sudah pun menyebut sebab utama mengapa dia mahu menceraikan Joy.

Bilakah sebenarnya isu rumah tangga mereka ini akan selesai? Netizen pun dah naik meluat sebenarnya dengan isu yang nampak macam tiada penghujungnya ni. – MYNEWSHUB.CC

sumber berita malaysia