Jadual Padat Buat Janna Rindu Nak Sambung Belajar

Diposting pada

KEJAYAANNYA pada usia muda benar-benar membataskan dirinya untuk melanjutkan pelajaran kepada tahap yang lebih tinggi.

Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick, dia kini sedang sibuk menyusun jadual seninya sejak mula mengukir nama sekitar dua tahun yang lalu.

Disebabkan dia kini sedang aktif dalam dunia lakonan, gadis muda berusia 22 tahun itu terpaksa lupakan seketika impiannya untuk menyambung pelajaran kerana perlu memberikan komitmen pada kerjayanya.

“Sejujurnya, jika ditanya apa yang saya paling rindukan, perkara tersebut adalah peluang untuk bergelar seorang pelajar semula.

“Namun begitu, buat masa sekarang, masa tidak mengizinkan saya untuk belajar kerana sibuk dengan kerja,” kata Janna dipetik daripada Astro Gempak.

Bagi pelakon kelahiran negeri Kedah itu, dia mahukan kursus yang fleksibel agar dapat mengimbangkan kerjaya dan pelajaran.

Yelah, Janna sekarang makin popular, tak mudah baginya untuk memenuhi tuntutan antara pelajaran dan kerjaya yang menjadi sumber periuk nasinya selama ini.

“Rasanya tak mustahil untuk saya cuba dan kalau boleh saya mahu menyambung pengajian dalam bidang perniagaan kerana saya memang minat untuk berniaga,” tambahnya lagi.

Janna kini juga sudah bergelar usahawan apabila dia telah mengeluarkan serum minyak argan serta syampu rambut di bawah jenamanya sendiri, iaitu Sephia.my.

Pandai Janna menggunakan peluang yang ada ini bagi menambah pendapatan dirinya.

Bagus juga kalau Janna ada pasang niat untuk sambung belajar. Janna sendiri masih muda dan panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuh bagi bergelar insan yang disegani ramai.

Semoga niat Janna itu akan dipermudahkan oleh-Nya. Bukan apa, sementara single ni, masih banyak lagi masa untuk Janna menuntut ilmu. Nanti bila dah kahwin, boleh fokus pada keluarga pula. Tak gitu Janna?- MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan…

sumber berita malaysia