Perang Twitter, Redza Minhat ‘Nasihat’ Fathia Latif

Diposting pada

WALAUPUN sudah hampir sebulan berlalu video ‘tarian berahi’ Fathia Latif yang tersebar menerusi Internet, namun nama pelakon itu mula hangat semula.

Aktres berusia 30 tahun itu mula ‘panas’ kembali apabila dia seakan salah faham dengan tajuk sebuah akhbar tempatan yang diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin baru-baru ini.

Menteri tersebut menjelaskan bahawa rakyat Malaysia dijangka mengamalkan transaksi tanpa tunai menjelang tahun 2050 akan datang.

Gara-gara twitnya menerusi akaun Twiter, Fathia telah dikecam oleh netizen kerana pelakon itu seakan-akan tidak mengkaji makna perkataan ‘cashless’ sebelum mengkritik mengenai perkara itu.

Haihh Fathia… Satu hal tak reda lagi, naik pula isu lain.

Mana tidaknya kena hentam dengan netizen, pemahaman Fathia bagi maksud ‘cashless’ yang dimaksudkan oleh KJ itu adalah ‘sistem barter’. Jauh betul maksud dua perkara tu.

Maka, ramailah ‘guru’ di Twitter cuba untuk mengajar Fathia yang sedia maklum mempunyai ijazah sarjana muda dalam jurusan Undang-undang.

Kenyataan Fathia mengenai ‘cashless‘ itu telah menarik perhatian pelakon filem KIL, Redza Minhat apabila dia terus balas kata-kata Fathia dengan sindiran pedas mengenai isu Bigo Live yang dicetuskannya sebelum ini.

Redza juga telah menasihati Fathia agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memalukan dirinya sendiri sebagai public figure.

Namun, Fathia telah mencuba untuk menutup malunya dengan bertanyakan kepada netizen mengenai kesusahan untuk mendapatkan duit jika dibandingkan dengan dahulu.

Dia turut cuba untuk membela dirinya dengan mengatakan akhbar tersebut tidak menulis tajuk dengan terang. Salah akhbar pula? Sebab tu lah kena baca isi artikel tu. Bukan main hentam je.

Lain kali, rajinkan diri untuk membaca artikel penuh okay. Tak ada lah nanti kena hentam sampai macam ni sekali. Buat malu je kalau asyik kena hentam sebab salah sendiri.

Tetapi, apa yang lebih lucunya adalah apabila Fathia mengeluarkan satu lagi kenyataan yang seakan-akan memalukan dirinya sendiri.

Gadis kelahiran negeri Pulau Pinang ini dikatakan baru mengetahui bahawa proses daftar mengundi boleh dilakukan di pejabat pos.

Aduh… Bukan kah awak tu pelajar undang-undang? Takkan tak pernah belajar mengenai perkara tu? Padahal sebelum ni Fathia sudah berkempen mengajak orang ramai untuk mengundi. Haihh… Entahlah, harap lepasni Fathia tidak akan mengulangi ‘kesilapan kecil’ ini. Takut nanti memalukan diri sendiir. – MYNEWSHUB.CC

 

sumber berita malaysia