Rugi RM50,000, Che Ta Pula Mangsa Tipu Datuk

Diposting pada

TERDAHULU, kita dikejutkan mengenai pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang jadi mangsa penipuan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ berhubung produk minyak wangi.

BACA : Hati-Hati Dengan Munafik: Aeril Zafrel

Terbaharu, timbul pula berita di mana pelakon jelita, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan turut menerima nasib yang sama.

Menurut Che Ta, beliau sama sekali tidak menyangka individu berkenaan mempunyai agenda ‘tersembunyi’ yang mengakibatkan dirinya mengalami kerugian sebanyak RM50,000.

“Saya ingat, saya boleh mempercayai dirinya. Tetapi rupa-rupanya dia berniat jahat apabila menipu saya hingga mengalami kerugian sebanyak RM50,000.

“Bayangkan, banyak duit yang diperolehnya dengan hasil penipuan. Malah, dia boleh tukar kereta mewah, tambah isteri dan macam-macam lagi dengan hidup menipu orang,” katanya dipetik BH Online.

Namun, bermuhasabah terhadap kekhilafan diri isteri kepada pelakon, Zain Saidin ini memutuskan untuk redha atas apa yang terjadi.

“Saya akhirnya memutuskan untuk menghalalkan saja. Insya-Allah, saya reda. Biarlah hidupnya tidak senang kerana menyusahkan orang dan semoga dia juga akan berubah,” katanya.

Che Ta bagaimanapun menjelaskan sebelum ini beliau enggan memperbesarkan isu ini kerana tiada perjanjian hitam putih secara jelas mengenai kerjasama yang dijalankan.

Tambah aktres ini lagi, walaupun tiada sebarang kontrak mahupun perjanjian bertulis tapi bukti pembayaran tetap ada.

“Saya malas hendak menghebahkan perkara ini, apatah lagi membuat laporan polis kerana silap saya juga apabila tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya.

“Merayu dan meminta pun tak diendahkannya. Tak apalah, doa orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Ta dan suami merancang untuk membawa anggota keluarga serta sanak saudara ke tanah suci, Makkah pada Januari depan.

Haaa… Penipu profesional itu wujud di mana-mana dan kadang kala modus operandi mereka tidak boleh dibaca. So, berhati-hati ya terutama ketika menjalankan urusan yang melibatkan wang.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

sumber berita malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *