Nafkah Batin Bukan Hanya ‘Seronok’ Atas Katil

Diposting pada

SEMALAM usahawan, Joy Revfa telah mengadakan sebuah sidang media tergempar susulan pergolakan rumah tangga yang mendapat perhatian ramai.

Dalam majlis tersebut, Joy dilihat hadir bersama kakak dan ibunya bagi menjawab segala persoalan mengenai status perkahwinan beliau dengan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Pengakuan berani mati Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin mengenai kegagalan Hafiz dalam menunaikan tanggungjawab memberi nafkah batin telah mengejutkan pelbagai pihak.

BACA : Cerai Sah, Joy Bersumpah Pernah ‘Disentuh’ Hafiz

BACA : Joy Tarik Dakwaan Pernah ‘Disentuh’ Hafiz

Memang tidak boleh disangkal, apabila sebut sahaja ‘nafkah batin’ rata-rata mesti akan terbayang hubungan suami isteri seronok berasmara di atas ranjang.

Ekoran teruk dihentam kerana dianggap membuka aib suami, Joy kini tampil bersuara memberi pencerahan berhubung perkara itu.

Menerusi akaun Facebook dan Instagram, usahawan ini dilihat memuat naik satu kenyataan tentang penjelasan nafkah batin menurut sisi Agama Islam.

Posting berkenaan bertujuan bagi memberi penjelasan kepada umum mengenai apa yang ingin disampaikan dalam sidang media semalam.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Di mana rata-rata antara mereka menghentam usahawan itu dengan berpendapat isu seperti itu tidak perlu dihebohkan kepada masyarakat.

Hmmm…agaknya apa kesudahan episod kontroversi rumah tangga antara Hafiz dan Joy ni ya?

Apa-apapun, kita doa yang baik baik jela ye. Semoga permasalahan ni dapat diselesaikan dengan segera kerana perkara sebegini tidak elok dipanjangkan. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

sumber berita malaysia